Boleh tak aku nak buat tajuk gitu? Abeh semua orang buat wordless wednesday, aku buat lain la pulak hahaha.. Macam la aku tak selalu buat entri bebelan sebelum ni!!
**************************
Ada beberapa enquiry dalam kotak komen entri hantaran dulu-dulu dan email aku bertanyakan tentang hantaran dawai bebentuk S tu.
Sebenarnya, aku memang dah ada ambik gambar cara-cara nak buat bentuk S tu, step by step. Masa wedding ajak dulu, masa tu aku tengah buat jugak satu lagi hantaran kaler biru yang aku buat dawai S tu. Hak tu la yang aku ambik gambar-gambarnya. Tapikkkkkkkkkkkkkkk dah hilangggggggggggg.. huwaaaa.... puas dah aku menggodek dua bijik external hard disk aku tu, pc, laptop semua aku search tak jumpa-jumpa. Aku rasa aku dah letak dalam satu folder tapi aku tak ingat aku simpan kat mana!!!
**************************
Berjaya mendownload cerita berepisode pertama lalu BitTorrent – Merlin season 3 tanpa kerosakan laptop. Selalunya aku download movie sahaja sebab aku tak berani nak lama-lama, risau kena virus atau hang ke apa ke. Tapik sebab aku adalah tak penyabar nak tau ending, maka aku download sampai ke hujung! Yeay! Lepas ni nak carik criminal minds pulakkk!!
Anyway, abang Mimik aku kata dia geram tengok cerita Merlin tu sebab Merlin tak pernah dapat apa-apa credit sedangkan dia yang selalunya menyelamatkan keadaan. Kira the unsung hero la. Hahaha… betul jugak, tapi.. alah… apa nak kesah… cerita rekaan je pun. Just enjoy the show! The beautiful costume, the amazing old castle, the wonderful scenery, the magic, all! Aku pun makin bersemangat kumpul duit nak belajar naik kuda kat belakang rumah lepas tengok cerita tu (semangat jelah yang tinggi, duitnya tara tuuuu jugakk!!)
**************************
Ada sorang minah in my fb list was complaining about EVERYTHING and EVERYONE in her life. Asal update status je adala tu maki-makian dan keji-kejian yang keluar. Komplen sikit-sikit sudah la dikkk….. You are still studying, the true bitter life is wayyyyyy much more challenging than what you’d thought is the cruelest… and how on earth do you live your life if you think the universe works against you?
Tak tahan sangat kang aku hide la… takpun remove terus. Tenang sikit minda dan jiwa.
Be happy, korang!
Bye!
Naz pernah gak bercita-cita nak belajar menunggang kuda tapi sampai sekarang belum belajar lagi. Huhu..
ReplyDelete-----
Kalau orang yang status FB/twitter dia asyik negatif je, Naz memang remove terus. Sebabnya, bila kita baca pun secara tak langsung akan rasa tak best. So, baik remove je. Nak mengelakkan diri dari aura-aura negatif. Camtu la lebih kurang. Hehe..
@NaZRaHKu =)
ReplyDeleteHuhu.. samala.. banyak nya nak belaja, tapi tak terbuat-buat..
Betul la Naz, asyik negatif je, tak pernah rasa bahagia ke kan? pelik betul..