Buat rosak mood gua jelah!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
*unload unload unload* --> mood yang telah mengalami kecelakaan jalanraya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
* upload upload upload* --> mood normal
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hola hola hola amigos!! como estas?
Adalah lama tidak bersiaran sebab tetiba aku takda seru nak berblogging. Kira macam script writer lah tetiba mental block pulak. Erk. Feeling script writer la pulakkk.
Tapikk pemakan tegar macam aku ni sentiasa ada modal, iaitu gamba makanan! cuma malas je nak kecikkan gamba, nak susun-susun, nak pilih-pilih, pastu nak upload lagi. Kalo time datang seru tu, tak kesah je aku biarlah gamba tu beribu keping pun!
Okey, korang. Harini kita buat ciskek. Resepi adalah dari Kak Ita, my work acquaitance. Ini untuk setengah adunan okesss.
Bahan-bahan:
½ buku Philadelphia Cream Cheese
¼ buku Mentega Cap Tong
3 biji Telur
75 g gula kastor
125 ml susu cair
70 g tepung gandum
20 g tepung jagung
coklat emalco --> untuk hiasan
sedikit garam
Aku kan, mula-mula carik mentega cap tong tu aku ingatkan memang ada butter pat segi yang ada ber cop dan bertulis "cap tong" atas dia, you know, macam minyak angin cap kapak tu. Ghopenye... dapat nama tu sebab ada gamba tong atas dia. Macam tu sampai ke sudah la aku geledah supermarket tak jumpa-jumpa!!! Aiyak!!!
Jadikk, untuk sesiapa yang lurus dan mempunyai ilmu masakan yang dangkal macam aku, nama sebenar mende alah tu adalah golden churn butter, tau!
Cara-cara:
1. Cream cheese, mentega dan susu cair dimasak diatas air panas dan kacau hingga sebati. Sejukkan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur. Kemudian campurkan kuning telur, tepung gandum dan tepung jagung ke dalam adunan yang pertama tadi, gaul hingga rata.
3. Pukul putih telur bersama sedikit garam hingga separuh kental baru masukan gula kastor sedikit demi sedikit. Pukul hinga kental.
4. Masukan putih telur yang telah dipukul ke dalam adunan tadi. Kaup balik perlahan-lahan sehingga rata. Tuang ke dalam bekas. Kalau ikut resepi asal, kena lapik dengan aluminium foil sebelum adunan di tuang lepas tu letak coklat emalco tu atas dia untuk tujuan melawa, tapik sebab aku malas hoho, jadik semua itu adalah dalam khayalan aku saja. Imagine je lah atas tu ada garis-garis daun kaler coklat.
5. Bakar sehingga masak. Tapi loyang berisi adunan ni kena rendam dalam loyang besar lain yang berisi air dan dimasukkan dalam oven bersama-sama. Kukus dalam bakar.
Tengah-tengah tu bekas kena cucuk dengan garfu, test dah masak ke belum. Tak melekat, boleh angkat! Aku syak kalo lapik dengan aluminium foil tu mungkin lagi 'menyeluruh' kot efek kebakaran kek ni.
Dah siap!!!
Sikit rupanya setengah adunan ni.. manalah aku tau kan.
Adli dengan penuh penghayatan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ni sebenarnya nak tunjuk dalam mana-mana proses mari memasak ni, selalunya duta-duta kecik aku ni akan turut sama memporak perandakan dapur tu sekali. Depa akan heret kerusi-kerusi dari meja makan ke tepi kabinet tempat aku mengadun tu pastu sibuk nak pegang itu ini sambil mulut tak pernah berenti mengeluarkan peluru. Kalau tak sibuk bertanya, akan sibuklah bergaduh sesama sendiri diselangi jeritan pitching tahap dewa. Ya ampuunnnnnn!!!!! tu belum masuk aksi tolak menolak dan cubit mencubit atau gigit menggigit lagi!
Pastu, sebab aku selalu sibuk nak snap gamba setiap level adunan kek aku, depa akan menjerit jugak kat tepi aku.. ucccuuuuuuuu!!!! nak gammmmaaaaaaaaaaa!!!!!!!!
Pastu, sebab aku selalu sibuk nak snap gamba setiap level adunan kek aku, depa akan menjerit jugak kat tepi aku.. ucccuuuuuuuu!!!! nak gammmmaaaaaaaaaaa!!!!!!!!
Nice one babe... :)
ReplyDeleteComelnya la mereka berdua tu.. ^_^
ReplyDelete@Farah Jasni
ReplyDeletetq babeh!
@NaZRaHKu =)
ReplyDeletecomel.. tapi bila depa jadik nakal aku jadik naga, tak nampak dah tang mana kecomelan depa tu.