Hello babes!
Malam tadi aku pergi urut badan sebab sakit kepala tahap merong mahawangsa lah, entah apa kaitan sakit kepala yang pergi urut satu badan bakpe? Tapi takpelah, alang-alang dah bau minyak urut tu lumur ajalah satu badan. Giler kentang punya geli.
Pening kepala ni, aku rasa culpritnya adalah cermin mata aku tu, sebab setiap kali aku pakai je spek tu, kepala aku macam kena seret belakang lori. Aku pakai dalam hall/meeting room masa ada presentation je, sebab aku memang rimas ada benda-benda melekat kat muka aku huhu. Okey yelah yelah, memang salah aku pun sebab lama dah tak pergi check, spek tu pun aku buat masa 3rd year kat uia dulu. Mata kiri je power 250. Ntah sekarang berapa la powernya.
Anyway, masa presentation tu, ada sorang akak ni masa present sangatlah selamba orangnya yang akhirnya jadik sangat kelakar sebab dia bercakap dengan bersemangat walaupun sebenarnya dia tak tahu apa yang dia cakap. Mula-mula dia macam kena buli sebab ala-ala kena paksa by the group champion’s, last minute plak tu.. Dah announce panggil group baru tau dia yang kena present. Bukan setakat dia yang berdebar-debar, dengan kitorang semua jadik kalut menunggu.. yelah kan, all the bosses and big boss was waiting. Tapi end up sangat cemerlang lah, sebab bila dia present dengan confident walaupun selamba badak air main lumpur, orang semua tak sabar nak tunggu apa yang akan keluar dari mulut dia. Lawak gila and I assure you dia memang tak buat-buat. Ada satu part tu bila big boss bagi soalan, sebab dia excited sangat nak jawab, dia pergi jawab “Eh, tak bang!” instead of “Eh, tak boss!” Habis gamat semua orang gelak guling-guling! Itupan dia masih selamba terus bercakap macam tak ada apa-apa berlaku. Kalau aku dah lama menggelupur sambil buat-buat pengsan dekat situ.
On a different note, kesinambungan dari kerisauan aku dalam entri sebelum ni, sebenarnya takdelah seserius seperti yang kedengaran, aku je melebih-lebih.. biasalah.. kita kena kelam kabut sikit baru kerja jalan. Eh? Motto pekejadah mana pulak la ni. Adik-adik, sila jangan ikut ya. Tapi pun, memang akan ada la kot aktiviti punggah memunggah ni... job rotation katanya, semua involve. Wah... mak berdebar, noks!
0 comments:
Post a Comment