Gunung Ledang yang penuh mistik dan pantang larang

Entri aku kali ni penuh dengan gambo.. ada beratus-ratus gamba, tapi kot aku tepek semua ada plak yang muntah kang. Jadik aku select yang aku suka sahaja hehe, tambah-tambah yang vain berdiva atas gunung.



Mula-mula, gamba-gamba pemandangan.. sejukkk mata memandang...



Empangan.


Kitorang naik guna trail empat tayar, 30 minit dah sampai puncak. Tengah-tengah kena lalu dam ni dulu.


.

.

.



Pastu sampai puncak! (tak berapa puncak sangat la.. ni kira end of tarmac trail)


Udara segar 1



Udara segar 2



Rasa macam nak ganti semua udara kotor bertoksik dalam badan dengan udara nyaman atas gunung. Tarik... hembus.. tarik.. hembus... uhuk! uhuk! uhuk!



Ohhhh sangat suka gambar ini. Ni bukan aku capture... aku pun tak nampak tang mana benda ni haritu. Dia nampak macam pelik, don't you think? macam nak kata kat gunung boleh, ala-ala kat pantai pun boleh.. macam terapung..






Ni pun bukan aku yg capture, tapi aku sangat sukaaaa.... Awan menerpa, yo!









Dan... mari kita mendaki!!




Ni mendaki ngelat namanya.. doploh minit dah sampai puncak. Kot terer seploh minit pun boleh. Trail paling senang tapikkkk boleh tahan menggelincir lah.




Bersedialah dengan gambar-gambar vain berpeace peace celah-celah pokok, celah-celah lalang, celah-celah batu segala. Orang berenti amek nyawa, dia berenti amek gambar!



Start!




Noticed belah kiri adalah makhluk yang mendaki sambil pegang handycam. Lagi advance.





Peace 1






Peace 2






Peace 3. I love this picture! keriangan di mana-mana!!






Peace 4. Walaupun blur aku nak letak gak.




Mendaki doploh minit boleh la nak ber peace bagai. Cuba kena ikut trail dari bawah tu, kena 2-3 jam? Jangan kata nak buat peace, nak senyum pun takda kudrat dah agaknya. Sapa yang try nak amek gamba terus buat muka naga kuar asap ikut idong.







Aku dah lepas batu ni masa ni. Toleh belakang, snap 2-3 keping gambar orang belakang. Pastu baru terasa diri adalah kongaja. Giler teruja amek gambar orang yg tengah bersusah payah, bukan nak tolong hulur tangan ke apa!! Apa nak jadik ko ni nana?!






Guna tali panjat batu curam, ngko! ha.. ganas tak ganas.




Tapik ada tangga sebenarnya kat sebelah tu. Hoho... aku ikut tu jelah. Yang nak adventure sikit naik ikut tali. Minah aircond macam aku ni takde nya inisiatif nak berpeluh sakan camtu. Erk.





Ni hak ikut tangga tu. Very steep. Hanya 3 jari atas batu jadik penongkat badan sebab aku tengah pegang camera. Hahaha.. minah aircond dan minah camera.





Ni tangga lain. Tangga last sebelum sampai puncak. Sangat curam jugak kan? Masa naik ikut tangga ni, bila turun ikut batu-batu sebelah tu sebab adalah susaaahhhhhhhhhh turun ikut tangga. Terlaga kepala kat tempat yang tak sepatutnya kang sapa nak jawab?





Masih teguh memegang handycam. Bila tayang balik & tengok ramai-ramai lepas dah turun tu aku pening kepala sebab handycam tu dok bergoyang goyang terhantuk batu la terkena botol mineral water la. Ada ko jumpa orang yang gagahhh nak jugakkk tengok video walaupun sambil lumur minyak kapak kat kepala?






Nak sampai dah!




Ni depa kata kalo ikut trail-trail lain dari Asahan or Sagil or Resort tu akan bertembung kat sini jugak nanti sebelum sampai ke puncak.






Jangan. Nanti kena petir. Horrorest.









1276 Meter. Hoyeah!! Walaupun perjalanan mendaki menggunakan tulang empat kerat adalah 0.000009% sahaja dari perjalanan keseluruhan, tetap rasa diri adalah hebat -_-





Ohhhhh syahdu bila dah sampai atas. rasa macam nak kiba-kibar bendera malaysia. tapik tak bawak pulak. Kalo aku bawak pun agak-agak ada tak orang nak layan aku amek gamba? Mesti diorang kesian tengok aku. Kesiaaannn....






Anggap jelah aku memang suka tido time bergamba. Takpun sebenarnya aku tengah khusyuk merasai gerakan awan menyapa kulit muka.. ewah!





Kitorang berjalan kaki dari bangunan itulah. Dekat je kan?? Huhuhu...




Dan nampak tak awan gelap tu datang bergulung-gulung?? Iyaaa!! Masa nak turun adalah hujannnnnnn!!!!!





Hujan-hujan pun sibukkkk jugakkk nak snap gambar. Nasib baik camera tak rosak. Aku suka gambar ni sebab kat belakang tu nampak berkabus padahal hujan tengah nak lebat.





Ni untuk membuktikan bahawa aku tak tipu hoho. Basah lencun baju perah-perah boleh kua air satu gelen. Nasib baik ada bawak baju lain... we were supposed to have a meeting, remember? cuma.. err.. sapa la sangka kena bawak sepersalinan lengkap semua kan... err... nasib baik ada washing machine. fuhhhh legaaaa.....





Dah siap-siap tukar baju, makan-makan dan turun guna 4WD. Masa nak turun, singgah satu gua ni nak amek air puncak gunung katanya. Tapi sebab baru lepas hujan, air adalah sedikit keruh.. jadik amek sapu kat muka jek buat syarat.. Gua ni nama Gua Nenek. Jangan tanya aku mana dapat nama.





Susah wooo nak pose sambil sentuh punca air. Batu-batu segala dalam tu. Nak letak kaki pun takda base yg balance. Pastu aku terpaksa pakai sandal putih suci sebab sport shoes dah basah lencun. Jadik aku antara orang yang last kuar dari gua tu sbb takda sapa nak layan aku kuar terkedek kedek dari gua. Langkah setapak berenti 2 minit nak pikir next step. Belum masuk sibuk snap gamba kiri kanan depan belakang lagi.







Peace 5.


Slogan kita hari ni - peace lah di mana jua anda berada. renung-renungkan dan selamat beramal!!





Ha dalam gua ni ada carpet kecik kaler biru tu buat bertapa kot. Ni nama En Jasni jadik model pertapaan kejap. Best jugak kot bertapa kat sini.. dengar air mengalir, sejuk nyaman je... tapikk kegelapan itu adalah menakutkannn.





Bye Gunung Ledang. Pengalaman yang sangat seronok dan mengujakan. Sangat gembira. Alhamdulillah..










Tapikkkk apalah ertinya entri Gunung Ledang tanpa cerita mistik kan.. Ha.... Meh sini rapat rapat amek biskut hup seng cecah air milo duduk bersila depan monitor masing-masing.


Tau tak kat atas tu ada batu bersurat?




Batu bersurat ni dekat nak sampai puncak baru jumpa. Kalo ikut trail dari Asahan jumpa la. Kalo ikut trail lain kena kona sikit baru jumpa. Ikut cerita teruja, katanya di tulis oleh Sultan Demak I, ayah kepada Puteri Gunung Ledang dalam bahasa Jawa Kuno. Batu ni di belah dengan pedang dan ditulis dengan kalbu (ilmu dia lah). Atas batu ni tulis tahun 1313 tahun jawa, kalo diterjemah adalah tahun 1383M. Tapiknya ikut cerita tak teruja oleh Persatuan Sejarah Johor, ia adalah vandalisme. Simple je. Sungguh pemusnah keeksaitedan mendengar cerita.








Noticed the tiny crack?

Crack ni ada dua garis menegak belah kiri & kanan, kalo diperhatikan betul-betul bentuk macam pintu. Katanya ia adalah pintu ke alam lain, tapi bukan alam bunian la ya. Batu ni dekat-dekat dengan batu bersurat tadik. Jambatan emas bling bling dari Gunung Ledang ke Melaka bermula dari pintu ini lah. Bagi sesiapa yang selected untuk melihat jambatan ini, katanya jambatan tu kecik je, muat 2 orang jalan. Katanya lah, kalau dia tipu aku pun tipu jugak.




Lagik, katanya puncak Gunung Ledang tu selalunya orang kata Puncak Mahligai, tapik sebenarnya ia adalah Puncak Puteri, tempat dayang-dayang Si Puteri. Puncak Mahligai yang sebenar tu jarang sangatlah orang biasa-biasa nampak, sama kes dengan jambatan emas tu. Banyak lagi cerita nya, macam-macam. Sebab namanya pun mistik dan misteri, jadi taktaulah betul ke tidak... Yang penting aku seronok dengar bila time diceritakan tu... huhu...




Pantang larang biasalah, mulut kena zip. Nak buat lawak pun sila pikir 2-3 juta kali. Niat kena baik. Jangan ambik apa-apa. Jangan bawak apa-apa yang kotor. Kes dulu yang kena panah petir atas gunung tu, selain memang sebab cuaca buruk, katanya bawak benda terlarang, i.e. vavi dan arak. Yang gatal merenyam atas gunung pun selalu kena jugak lah. Tu tempat orang, makhluk Allah bukan manusia aja, yang pergi tempat orang tak repsect tuan rumah apsal la.





Ohhh serius rasa kalo panjang umur murah rezeki sihat tubuh badan rasa macam nak mendaki ikut trail betul-betul dari bawah tu, sebab banyak mende menarik sepanjang perjalanan yang ko tak jumpa kalo naik ikut 4WD.




Tapikkkkk puncak Gunung Ledang tu dah di tutup untuk public start October 2010, atas arahan Sultan Johor. Katanya puncak gunung tu sasaran mudah untuk di attack. Versi lain yang korang mungkin akan dengar adalah ada runtuhan tanah sikit kat atas tu, sebab haritu memang ada kes Singaporean hikers kena hempap pokok. Aku tak tau la mana yang betul.. Yang penting memang puncak tu kena seal. Kira kitorang naik ni atas tiket err.... special case?? hoho.. Nampaknya terpaksa la lepas ni mendaki gunung ledang tanpa sampai ke puncaknya...

2 comments:

  1. waaa.rindu nak hiking.....nak join....lain kali ajak aku..

    ReplyDelete
  2. @lydiarayyan

    jom! jom! tapi johor tak banyak gunung la weh...

    ReplyDelete