Hello Beautiful People!

Aku sihat, Alhamdulillah.. terima kasih kerana tidak bertanya.

Alasan macam biasa, standard lah. Sibuk. Huhu.. hampir 5 bulan di unit baru dan berat aku naik mencanak-canak menandakan i'm still coping with the stress. Yer itu dia, sila salahkan stress ya Siti Farhanah, padahal nafsu serakah kau tu yang melampau-lampau tak geti nak handle. Semua nak bedal. Eh membebel pulok.

Anyway, focus on 2012:



  1. Aku mahu lebih me-time. Sekarang memang aku bedal dgn weekends ngan PH aku dok mengadap kerja sbb i've so muchhhh to learn. But eventually aku akan adakan juga masa senggang utk diri sendiri.. bbrp minit sehari pun cukuplah, cuma utk muhasabah diri, dimanakah aku sedang berada dan kemanakah aku ingin pergi.

  2. Solat on time. Err... memang.. dah tua bangka macam ni pun aku dok delay. adoyaii... kalau mati sok macamana ntah aku ni? Quran pun jarang baca.. adoiiii lagikkkk....

  3. Positive. Aku mahu jadi org yg annoyingly positive hahahaha.... Dah alang2 ber 'bring-it-on'... Terus je lah. Sedih, kecewa, memberontak dan menyalahkan org lain won't even get me better. Life is short, babeh! Make it sweet!!

  4. Friends and families. I love love love love my BFFs and my nuclear family. Im so much blessed to have them! Should spend more time..

  5. Ohhhh azam yang ni adalah cuma siaran ulangan selama beberapa tahun hua hua hua.. But i'll be more realistic this time. Turun seploh kilo pun jadikla, tolong la wei!!


Sebenarnya banyak jugak yg lain, tapi the top 5 adalah seperti di atas. We shall see when the year ends. Till then, bye bye beautiful people!


Aku ada presentation esok tapi malas nak buat slide

Jadi aku jenguk blog terbiar yatim piatu sebatang kara nih..

Pastu aku perasan post aku semua tak keluar. Pastu aku tukar layout. Pastu dia hang. Pastu aku godek sana sini baru dia kuar. Pastu aku perasan lagi entry yg paling the latest sekali hilang.

Hat tu aku godek mana pun dia tak kuar dah. Dan aku tak kuasa nak ingat apekebendenya yg aku merapu dulu jadikkkknya ia hilang begitu saje sbb aku malas nak tulis balik. Nak delete sayang pulak sbb aku suka tajuk dia har har har.. alasan ntah apa apa..

Anyway, I’m here, still alive and breathing. I’m adapting in a slow mode because everyone told me to, might be caused by the drama I created earlier. Makcik kan menggelabah!! So stay calm is the best option, even I think you won’t be able to be in a slow and steady mode once you were here. We are in the first quadrant, very important and very urgent (bukan akulah yg important iteww... kerja aku yg important hew hew hew). Fast is the key word and some intolerable delay would make the world upside down. Learn fast, decide fast, act fast. And I really hate, so much hate to be trapped in the situation which needs my decision about a thing that I know damn nothing. Felt so incapable, useless and handicap. Crap.

So yes, i don't really have other choice selain dari menggelabah carik ilmu tanya orang sana sini dan buat muka belagak tau depan staff padahal zero knowledge sebab takut ditindas dan dibuli muahaha... Paranoia je sebenarnya sebab actually diorang ok je, sia-sia aku dpt dosa bersangka buruk kat orang.

Ok lah nak sambung buat slide. Giler arr depa nih.. buat slide sampai beratus-ratus.. aku buat seploh slide je, siap masuk cover ngan thank you lagik. Ape masalah sampai nak buat beratus?

Bring it on!!

Adeiii terhilang plak blog post nih..

Rasa nak buat Solero Shot belakang rumah.

Aku ada beratus gamba kot yg aku intend nak tepek kat sini. Gamba kat sarawak, gamba budak2 ni time cuti sekolah haritu, gamba masa muna kawen, n many more pictures in my 'unsorted pictures' folder. Buku budget adalah sudah amat lama tidak berupdate menyebabkan segala mak nenek punya resit telah menebalkan purse aku. Weekends pun aku cuma sempat menjengah sekejap je kat kampung. Movies pulak adalah rasa mahu menangis sbb semua cerita yg aku nk tengok adalah tak sempat utk di kejar.. tau2 dah habis tayang. Yang paling parah, stress je lebih, kurus tak jugak. Adehh laaaa....


Tulah nana, poyo lagik lebih2.

Pictureless Friday

Wah. Gile lama yer aku tak masuk rumah ni. Actually, mood nak merapu dah ada, Cuma problemnya adalah masa pulak yang takdak.


Tulah manusia, macam-macam alasan ko bagi.


Banyak benda berlaku & i have sooo much to tell, but my current priority certainly bukan mengupdate blog. I enjoying having a blog, tapi mungkin passion aku tak sekuat blogger lain yang boleh carik masa dan ruang celah mana dapat untuk blog. Aku ni pulak, bila dah ada masa kang tetiba takdak mood pulak. Haih.. macam-macam..


Aku nak citer pasal keje.
Ia mungkin kedengaran agak poyo, but bear with me, okey? Kasik can la aku nak cas mcm bagus nih. huhu..


Skang ni aku kena pangku keje satu post support kpd my boss. Boss baru aku start awal tahun haritu. Baru bukan maknanya baru join the company tau, dah nak pencen pun pak aji aku ni. Sangatttt la banyakkkkkkk pengalaman, ya ampun… Pemilik asal post ni naik pangkat jadi exec, so sementara org baru masuk, aku kena buat keje2 dia. Sebabnya adalah ofis aku yg paling dekat dgn ofis boss secara geografi. Pemangkuan inilah yg menyebabkan dunia aku menjadi gelap-gelita kelam kabut sesangatlah. Kerja aku tak setel, kerja satu lagi pulak aku nak tackle. Dengan audit nya, aku dapat fail2 dia byk juzuk jugak la tak sampai seminggu sblm audit, mana aku nak semak fail2 dia, fail2 aku lagi tak lepas... Report lagi... Stress toksah citer. Senang sangat rasa bengang aku di trigger… lagi2 pada benda2 remeh temeh yg aku rasa tak layak utk dapat perhatian aku *ewah ayat! Tak boleh blah!* Terus naik rasa nak mengamuk. Hahaha.. entah apa apa..


Tapi, bila kerja banyak mcm ni, barulah aku rasa ‘digunakan’. Dan yg peliknya, aku suka bila aku tak sempat nak rasa boring. Bukanlah maksudnya selama ni keje aku memboringkan, tapi masa biasa-biasa tu kalau aku penat buat keje, sempat la aku menyimpang & merayau kat internet tak tentu hala barang sejam dua. Ini tak sempat nak merasa penat. Pastu, barulah aku tau perangai aku while working under pressure. Oohhh rupanya memang sahlah aku bukan penyabar orgnya.. Last aku rasa mcm ni masa buat final year project masa kat u dulu. And, I guess people around you also play a very important role, which in my case, are very supportive. Staff2 aku memang yg terbaekkkk… I won’t ever get any better than them.. tu dia.. dah mcm bagi speech emmy awards pulekkk. Boss aku, sbb baru je nak kenal, takleh la aku nak judge lebih2. So far dia adalah best, very fatherly-figure, sgt cool, sgt humble... sampai kadang2 ada jugaklah aku ter bertindak luar batasan mengusik dia secara terang-terangan... hahaha.. sbb aku tau dia sgt cool.. eh? Did i mentioned it twice? Make it thrice then. Dia adalah sangattttt coollll (nampaknya seperti telah ter over judged). Kalau aku dpt staff mcm hampeh dan management hampeh jugak, kompem bertambah-tambahlah stress haku.


Yang tak bestnya, selain stress, adalah sbb post yg aku pangku ni adalah support kpd boss, maka access aku pd dia adalah terbuka luas. Kena selalu call, kena selalu jumpa, kena selalu discuss. Career-wise, I think that’s not really fair to my colleague since they didn’t have that chance. Ok lah fine bukan sumer org pun suka sgt nak berkomunikasi dgn bos, tapi itu adalah case bila boss adalah seorang dictator berkuku nickel cadmium berpitching tinggi yang suka taichi kerja dan lempar-lempar barang. Sbb bos aku ni best n sumer pun suka, aku rasa dorang pun tak kesah kalo pangku post ni. Bodek-membodek is not an issue, the main thing is you get the chance to get close with your great leader, learn as much as possible. Boss aku ni pulak, sbb dia dah berada pada wise-age, dia sgt suka bercerita pasal pengalaman bekerja dia. Kadang-kadang kalau discuss, berejam jugak la sangkut bila dia dah start berstory tu. Aku suka je dengar, kutip ilmu mana dapat tapi aku risau kot judgement dia pd prestasi sebenar aku di pengaruhi dgn jumlah masa yg dia spend dgn aku compare dgn colleague aku yg lain. Kitorang ni kalau takda hal penting, jumpa dgn bos sekali je dlm sebulan masa meeting weh, dok region kan, kot dok kat hq sana haruslah jumpa tiap2 hari.. dah sumer dok dlm ofis yg sama. Kat sini, jarak ofis aku dgn dia yg kira paling dekat ni pun dah 34km pergi balik. Paling jauh geng aku tu rasanya ada dekat 600km kot...


Most importantly, I have to do the monthly ranking which I am included in the list! Adeiiii!! Adalah agak tidak ethical di situ. Memanglah ikut figured data yg sgt objective, tapi rasa tak best tetap ada. Lagi2 bila ko buat dan tetiba first rank nya adalah ko. Double Adeiiii!!! Yelah aku suka dapat top rank tapi kalau boleh biarlah 3rd party yg takda kena mengena yg buat mende nih. Sendiri yang buat, pastu sendiri yang dapat adalah sangat arguable.


Orang tak cakap apa2 pun, ko yang sentap lebih ni, apehal?


Jadik aku adalah sangat berharap org baru ni cepat masuk. Supaya aku boleh berblog dgn lebih selalu lagi. Eh?

Hibernasi

Kesian-kesian aku dekat blog ni, kesian lagi kat diri sendiri yang tak sampai-sampai mood nak menulis (membebel). I was taken aback a little, dan mahu memulakan semula adalah payah.








malas.









dan malas.











nanti ea?

................................................................

Sorry babes, lama dah tak berblogging. I hate to tell you this, but there is a series of unfortunate event happened lately.. My another nenek was attacked by stroke last week, leaving her on almost half-body paralyzed condition, and few days after that, 3 of my work acquaintance involved in a car accident, 2 of them died on the spot. 1 is critical but stable. I was flabbergasted by the news, and still am. My heart goes out to the families of this terrible tragedy.

Life has ups and down. Really.

Distraction

Camera is a good tool for distraction. Bila dalam kereta kena tunggu orang keluar pergi beli barang, ia sangat berguna to keep toddlers and babies in their suppose position.

Apatah lagi bila ko ada 6 nephews and 5 of them are toddlers! Hoh!



******


The eldest 3. Boisterous ever.










*******

The twin. Bagaimanapun agak tidak berjaya dengan budak-budak ini... ada kamera ke takda kamera ke, depa buat jugak keta tu macam kat playground.















******

Last but least, Aimannnn!!! Babies biasanya cuba untuk mencapai kamera sebab dia pun bukannya tau apekebenda nya tu, cuma bila ada flash kua dia jadik interested to know.



















Pictureless Friday

Boleh tak aku nak buat tajuk gitu? Abeh semua orang buat wordless wednesday, aku buat lain la pulak hahaha.. Macam la aku tak selalu buat entri bebelan sebelum ni!!



**************************


Ada beberapa enquiry dalam kotak komen entri hantaran dulu-dulu dan email aku bertanyakan tentang hantaran dawai bebentuk S tu.

Sebenarnya, aku memang dah ada ambik gambar cara-cara nak buat bentuk S tu, step by step. Masa wedding ajak dulu, masa tu aku tengah buat jugak satu lagi hantaran kaler biru yang aku buat dawai S tu. Hak tu la yang aku ambik gambar-gambarnya. Tapikkkkkkkkkkkkkkk dah hilangggggggggggg.. huwaaaa.... puas dah aku menggodek dua bijik external hard disk aku tu, pc, laptop semua aku search tak jumpa-jumpa. Aku rasa aku dah letak dalam satu folder tapi aku tak ingat aku simpan kat mana!!!




**************************


Berjaya mendownload cerita berepisode pertama lalu BitTorrent – Merlin season 3 tanpa kerosakan laptop. Selalunya aku download movie sahaja sebab aku tak berani nak lama-lama, risau kena virus atau hang ke apa ke. Tapik sebab aku adalah tak penyabar nak tau ending, maka aku download sampai ke hujung! Yeay! Lepas ni nak carik criminal minds pulakkk!!


Anyway, abang Mimik aku kata dia geram tengok cerita Merlin tu sebab Merlin tak pernah dapat apa-apa credit sedangkan dia yang selalunya menyelamatkan keadaan. Kira the unsung hero la. Hahaha… betul jugak, tapi.. alah… apa nak kesah… cerita rekaan je pun. Just enjoy the show! The beautiful costume, the amazing old castle, the wonderful scenery, the magic, all! Aku pun makin bersemangat kumpul duit nak belajar naik kuda kat belakang rumah lepas tengok cerita tu (semangat jelah yang tinggi, duitnya tara tuuuu jugakk!!)




**************************


Ada sorang minah in my fb list was complaining about EVERYTHING and EVERYONE in her life. Asal update status je adala tu maki-makian dan keji-kejian yang keluar. Komplen sikit-sikit sudah la dikkk….. You are still studying, the true bitter life is wayyyyyy much more challenging than what you’d thought is the cruelest… and how on earth do you live your life if you think the universe works against you?

Tak tahan sangat kang aku hide la… takpun remove terus. Tenang sikit minda dan jiwa.









Be happy, korang!








Bye!

When in Kampung




Hasil kreativiti 3 bersaudara yang menukarkan Mimik menjadik kepada bapak naga














Kerah!! Kerah!! Selagi tak bersih tikar tu JANGAN BERANI ANGKAT MUKA!!!




Aku masa ni giler tak hengat menahan gelak tapi sebab suasana adalah tegang, aku buat-buat serius jugak sambil menangkap gambar.




Sikit lagi! sikit lagi! iyyah!!! iyyahhhhhh!!!!








Satu lagik spot! Dinding!! Gosok sampai keluar jin aladin!!









Kembar ni tak termasuk mereka-mereka yang dikenakan hukuman pun, tapi sebab aku sibuk ambik gambar, depa interframe la.. apa lagi...







Haris si rambut kembangku.













Depa menconteng masa maghrib bila orang sibuk mandi-semayang-masak bagai... takda sapa perasan. Tau-tau dah meriah rumah tu dengan kaler crayon.. sikiitttttt lagi nak serupa nursery dah.





Cheeky.